TikTok videos hashtag #maulidurasul

737.1K
 

Maulid Nabi 2023. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW #maulidnabi #maulidurasul #sholawat #yanabisalamalaika

3.4K
 

KUCHING: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1444H/2023 akan berlangsung pada 27 dan 28 September dengan acara perarakan diadakan hari kedua program. Yang Dipertua Majlis Islam Datuk Misnu Taha berkata, majlis zikir dan bacaan Yasin akan diadakan pada malam Rabu (27 Sept) di Masjid Jamek selepas menyempurnakan solat maghrib. “Kita menjangkakan kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selain dijangka bersama-sama menyerikan acara pada hari tersebut Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri. “Program pada malam tersebut juga bakal menampilkan Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datuk Kipli Yassin menyampaikan ceramah khas sempena sambutan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Akhir Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1444H/2023 Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di pusat beli belah Majma, di sini, hari ini. Manakala, pengisian program pada hari kedua sambutan bakal menampilkan 237 kontinjen melibatkan seramai 10,010 ahli terdiri daripada lapan kategori penyertaan mengikuti perarakan yang akan bermula di Padang Merdeka sekitar jam 6.30 pagi. “Para peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan perhimpunan yang akan berarak ke kawasan kampung dengan jarak sekitar 4 kilometer dan perjalanan meliputi bandar Kuching (3.7 km),” ujarnya. Dalam pada itu, orang ramai diminta untuk peka dengan pengumuman penutupan jalan raya oleh pihak berkenaan sepanjang berlangsungnya acara tersebut kelak. #Maulidurasul #12Rabiulawal #Kuching #Sarawak #fypage