TikTok videos hashtag #maulidurrasul1445h

741.0
 

Majlis Maulud Rumah Abe Pha Ketua Cawangan Paya Teratai. #maulidurrasul1445H #ycn #perubahandanpembaharuan

488.0
 

Kenapa perlu panggil Nabi dengan panggilan Saidina Muhammad? sedutan ceramah DUKE #maulidurrasul1445h

11.4K
 

Alhamdulillah, saya dan Azizah turut sama dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan pada 12 Rabiulawal 1445H hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Menjunjung kasih jua atas limpah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah berkenan bercemar duli untuk berangkat bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dalam majlis yang istimewa ini. Saya juga ingin zahirkan ucapan tahniah kepada Prof Dato’ Dr Syed Othman Syed Husin Al-Habshi di atas Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW, serta Datuk Misnu Haji Taha, Dato’ Haji Kamarudin Abdullah, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Dato’ Dr Mhd Nordin Mohd Nor, Encik Zamzuri Ghani dan Puan Hajah Shaariah Dahman, selaku penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW 1445H. Titah Tuanku agar keperibadian Rasulullah SAW menerusi tutur kata, adab dan hikmah, serta perilaku hubungan sesama manusia yang diajarkan kepada kita adalah amat penting untuk sama-sama dijadikan panduan, khususnya dalam mengambil pengajaran dan meneladani sosok keperibadian mulia Rasulullah SAW. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, Titah Tuanku yang menyeru agar kita semua menjauhi fitnah, kata dusta dan nista yang tiada kebenarannya, membangun dan mengusahakan sumber ekonomi negara dengan penuh integriti dan akauntabiliti, menjunjung tinggi prinsip keadilan dan kemaslahatan ummah, serta mendekati dan menyantuni golongan terpinggir yang lemah serta berusaha mengeluarkan mereka daripada kesulitan hidup. Semoga semangat dan kecekalan Baginda Nabi Muhammad SAW memimpin serta menyatukan umat daripada pelbagai latar belakang akan mendorong kita semua bekerja lebih keras membangun dan membakukan pembaharuan di negara yang tercinta ini. #MalaysiaMADANI #MaulidurRasul1445H