TikTok video #7248618242271415557 posted by @atik_tourleaderarp

Bismillah... HOTEL 1000 BINTANG Kalau anda mengharapkan hotel dengan sekala 4 bintang atau 5 bintang ketika menunaikan haji nanti, jangan risau... anda pasti akan mendapatkannya. Nak duduk di hotel 10 bintang sekalipun tak jadi masalah. Malahan hotel yang akan anda huni nanti 1000 bintang ratingnya! Lihatlah `hotel’ yang dihuni oleh para jemaah ini. `Hotel’ yang berbumbungkan langit dengan hiasan seribu bintang. Hotel seumpama ini tidak mungkin anda temui di mana-mana belahan dunia sekalipun. Unik, bukan? Hotel yang terlalu istimewa ini letaknya di Muzdalifah pada ketika jemaah haji bermabit pada malam 10 zulhijjah selepas wukuf di Arafah. Di `hotel’ ini kalau anda hendak merasa dingin ala-ala alat penghawa dingin, ambillah tuala dan gunakanlah dia untuk mengipas muka sendiri. Kalau rasa tak mahu baju kotor kerana duduk atas tanah, bentangkanlah sejadah anda dan duduklah di atasnya. Kalau rasa perlukan ruang untuk menjulur kaki, jangan letak beg bersebelahan anda tetapi duduklah di atas beg itu sendiri. Tak ada bantal? Lengan kan ada. Tidurlah beralaskan lengan. Toilet? Toilet pula macam mana? Tandas di sini luas. 50 orang pun boleh masuk pada satu-satu masa. Tapi kena beratur panjang dulu la ya!. Begitulah keistimewaan hotel 1000 bintang ini. Ia tentunya tidak sama dengan hotel-hotel yang pernah kita jejaki sebelum ini. #hotel1000bintang #haji #haji2023 #hajiplus#hajiplus2024 #mabit #arofah #ajaib #aamiin #aamiinyarabbalalamin #aamiinyarobbalalamin🤲🤲 #aamiinkansaja🤲🤲🤲 #mekkah #bismillahfyp #bismillah #bismilahfypシ #bismillahsaja#viral #viralvideo #fyp #fypシ #fypviralシ


48.6K