TikTok video #7265307874660764936 posted by @drzalihamustafa

PART 2 : MEMPERKASA PERKHIDMATAN KLINIK FERTILITI HSNZ Sebagai seorang insan bernama ibu, saya sedar betapa rezeki dikurniakan cahaya mata adalah anugerah yang tiada bandingnya. Semasa kunjungan rasmi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tempoh hari, saya dimaklumkan mengenai perkhidmatan fertiliti HSNZ yang telah membantu lebih 200 pasangan untuk mendapatkan zuriat. Perkara ini cukup membanggakan dan menyentuh hati saya. Bagi terus menyokong perkhidmatan fertiliti di HSNZ, saya telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM50 ribu bagi perolehan sebuah embryo incubator untuk menggantikan peralatan yang telah rosak. Moga-moga peruntukan ini dapat membantu dalam merealisasikan impian keluarga untuk mendapatkan anak. #DrZ #MalaysiaMADANI #fyp #fypシ #tiktokmalaysia


19.4K