TikTok video #7273476427549330690 posted by @drzalihamustafa

MISI MENYINGKAP KHAZANAH SEKIJANG - BUKIT BOTAK Dr Z bersama warga Parlimen Sekijang, PKD Segamat, dan penduduk Kampung Felda Redong telah bersiap seawal 7.15 pagi untuk mendaki Bukit Botak di Felda Redong. Masa pendakian sekitar 40 minit memberi peluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi ini sambil beraktiviti “hiking” ke puncak Bukit Botak. Walau memilih untuk melalui laluan yang agak mudah ke puncak, namun tetap kami rasai cabarannya. Persediaan mental, fizikal dan kekuatan stamina perlu ada, apatah lagi bila mendaki di laluan yang menguji ketahanan. “The Hikers” bolehlah jadikan Bukit Botak ini dalam senarai utama pilihan pendakian…memang berbaloi! Boleh saja kalau jadikan aktiviti riadah bersama keluarga tersayang. Selain itu, mari kita tingkatkan juga kesedaran akan pentingnya menjaga kesihatan. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini , rutin senaman dan aktiviti luar baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Bukit Botak bukan hanya destinasi, tetapi simbol komitmen kita terhadap gaya hidup yang lebih sihat khususnya bagi warga Sekijang. Jom ke Sekijang! Jom Ke Bukit Botak! #DrZ #MalaysiaMadani #DemiSekijang #khazanahSekijang #Sekijanghubpelancongan


3.6K