TikTok video #7277718266397723922 posted by @kingikhwanibrahim

Al-Fatihah buat ibunda. Ibundaku melafaskan nafas terakhir pada 8/9/23 Hari Jumaat sebelum khutbah. Alhamdulillah kami adik beradik urus ibu dari awal ibu sakit tahun 2018 bulan 9. 5 tahun ibu menderita. Kami semua urus dari urusan hospital, urusan kedutaan, urusan bilik jenazah sampai di bawa ke surau untuk kami adik beradik mandikan ibu buat kali terakhir. Saya anak sulung Azan kan dan adik lelaki solatkan jenazah ibu. sampai la urusan ke liang Lahat kami dua beradik lelaki angkat dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah semua urusan di permudah. Ibu jenis orangnya lemah lembut. Tak pelik kalau ibu ada ramai anak angkat dan ramai sayangkan ibu. Ibu sentiasa menasihati semua org yang jumpa dengannya. Ibu jenis solat tak tinggal. Kalau puasa siap dengan puasa sunat. Allahurabbi meleleh air mata jantan anak ibu ni. Semua anak ibu sayangkan ibu. Mohon doa buat ibundaku Warniti binti Hurini ye semua.


471.0