@theroyaljohor - The Royal Johor Profile

Summary

The Official Tiktok Account of The Johor Royal Family

theroyaljohor

@theroyaljohor

The Royal Johor

@theroyaljohor ‘s Videos

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

55.6K
 

RAKYAT JOHOR SAMBUT MERIAH HARI KETIGA JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 Kemeriahan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 pada hari ketiga masih berterusan dengan pelbagai acara yang menarik di setiap lokasi. Perjalanan konvoi Keluarga Diraja Johor yang julung kalinya dipimpin DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bermula dari Sawah Ring, Tangkak. Konvoi kemudian bergerak ke Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara sebelum ke Kompleks Penghulu Ayer Hitam. Perjalanan kemudian diteruskan ke lokasi terakhir iaitu di Pusat Pertanian Parit Botak. #KMJ2023 #sultanjohor #royalpressoffice #johor

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

436.4K
 

SULTAN IBRAHIM BERANGKAT ZIARAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat ke Istiadat Ziarah Makam sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 23 Ogos. Baginda berangkat tiba di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru pada jam 8.45 pagi dan disambut oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Turut berangkat, YAM Tunku Abdul Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Aris Bendahara Johor; YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. Majlis dipimpin oleh Dato Hj Yahya Bin Ahmad, Mufti Johor. Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. #sultanjohor #royalpressoffice #johor #royalpressoffice

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

589.7K
 

JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 MEMBUKA TIRAI DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor buat julung kali memimpin jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023. DYAM Tunku Mahkota Johor bersama paduka adinda memulakan jelajah KMJ yang kali terakhir diadakan pada tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19. Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor; YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah. Turut berangkat menyaksikan majlis pelepasan KMJ 2023 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (5 Ogos) ialah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim. Jelajah KMJ Edisi Ke-23 itu, merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019. Acara pelepasan konvoi Diraja Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan disempurnakan oleh Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor. KMJ merupakan ilham DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 2001 sewaktu itu Baginda ialah Tunku Mahkota Johor, bagi menyelami denyut nadi rakyat jelata. Sejak itu, KMJ telah menjadi salah satu acara utama tahunan negeri Johor dan telah merapatkan perhubungan Istana Johor di hati rakyat. #sultanjohor #theroyaljohor #johorroyalpressoffice

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

50.1K
 

KONVOI DIRAJA JOHOR JELAJAH HAMPIR 300 KILOMETER BERTEMU RAKYAT Cuaca panas sejak dan jarak perjalanan hampir 300 kilometer nyata tidak menjadi halangan buat konvoi Keluarga Diraja Johor bertemu rakyat pada hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023. Semalam (6 Ogos), perjalanan konvoi Keluarga Diraja Johor yang julung kalinya dipimpin DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bermula dari Mersing sebelum singgah Sungai Teminggol, Kampung Sri Lukut. Konvoi kemudian bergerak ke Laman Kembara Paloh di Kluang, sebelum ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang, di Labis, Segamat. Perjalanan kemudian diteruskan ke lokasi terakhir iaitu di Sagil, Tangkak dan di setiap tempat persinggahan, rakyat tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra bersama Keluarga Diraja Johor. #KMJ2023 #sultanjohor #royalpressoffice #johor

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

2.0M
 

SULTAN JOHOR DIPILIH YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17 *Sila tekan 'full screen' untuk paparan penuh video #sultanjohor #johor #theroyaljohor #royalpressoffice

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

1.6M
 

PERMAISURI JOHOR SELAMI DENYUT NADI RAKYAT DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, berkenan berangkat menyantuni rakyat tanpa mengira agama dan bangsa di Mukim Bukit Batu, Kulai pada 28 Ogos. Pada lawatan ke setiap kediaman, DYMM Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan bantuan makanan, sumbangan tunai serta beramah-mesra di samping bertanyakan keadaan kesihatan ahli keluarga. Baginda juga meluangkan masa meninjau beberapa rumah yang keadannya sudah uzur serta mengalami pelbagai kerosakan. #sultanjohor #permaisurijohor #johor #royalpressoffice

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

125.9K
 

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 KEMBALI MENEMUI RAKYAT Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini. Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat. KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer. Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor. #sultanjohor #royalpressoffice #johor #kmj2023 #kembaramahkotajohor

theroyaljohor
theroyaljohor

The Royal Johor

109.1K
 

Selamat Ulang Tahun Keputeraan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. 14 Ogos 1959 “Semoga Allah Lanjutkan Usia DYMM Tuanku” #sultanjohor #royalpressoffice #johor #permaisurijohor