TikTok video #7264327828181748993 posted by @theroyaljohor

KONVOI DIRAJA JOHOR JELAJAH HAMPIR 300 KILOMETER BERTEMU RAKYAT Cuaca panas sejak dan jarak perjalanan hampir 300 kilometer nyata tidak menjadi halangan buat konvoi Keluarga Diraja Johor bertemu rakyat pada hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023. Semalam (6 Ogos), perjalanan konvoi Keluarga Diraja Johor yang julung kalinya dipimpin DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bermula dari Mersing sebelum singgah Sungai Teminggol, Kampung Sri Lukut. Konvoi kemudian bergerak ke Laman Kembara Paloh di Kluang, sebelum ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang, di Labis, Segamat. Perjalanan kemudian diteruskan ke lokasi terakhir iaitu di Sagil, Tangkak dan di setiap tempat persinggahan, rakyat tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra bersama Keluarga Diraja Johor. #KMJ2023 #sultanjohor #royalpressoffice #johor


50.1K